Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Custom Widget

Istiqomah dalam Ketakwaan Goozmedia.com Setiap Muslim menginginkan agar bisa istiqomah dalam keimanan dan ketakwaan kepada Allah ta’ala. Ini adalah do’a yang sering dipanjatkan oleh Rasulullah shalallahu alaihi wasallam : يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى

Fadhilah Membaca Sholawat dan Jaminan Para Malaikat Bagi Kaum Muslim Yang Membaca Sholawat

Fadhilah Membaca Sholawat dan Jaminan Para Malaikat Bagi Kaum Muslim Yang Membaca Sholawat




Penjelasan Fadhilah Membaca Sholawat  dengan Hati yang IKHLAS 


K.H. Muhammad Zaini bin Abdul Ghani bin H. Abd. Manaf bin Muhammad Seman bin H. M. Sa’ad bin H. Abdullah bin Mufti H.M. Khalid bin Khalifah H. Hasanuddin bin Syekh Muhammad Arsyad Al-Banjari, atau yang lebih dikenal dengan sapaan Abah Guru Sekumpul. Ulama Sufi yang lahir di Tunggul Irang, Martapura, 11 Februari 1942 dan wafat di rumahnya di Sekumpul, Martapura, pada 10 Agustus 2005, merupakan sabahat KH Abdurrahman Wahid, almaghfurlah.


KH Muhammad Zaini Abdul Ghani (Abah Guru Sekumpul, Martapura) mengingatkan, setiap Muslim pasti ingin menjadi murid Rasulullah SAW. Ingin dibukakan hijab antara kita dengan sang Baginda Nabi Muhammad. Sebab, jika sudah dibukakan hijab atau menjadi murid Rasulullah, akan selamat dan beruntung di dunia dan di akhirat.

Abah Guru Sekumpul, dalam sebuah pengajian memberikan ijazah shalawat agar dibukakan hijab dengan Rasulullah.

"Marilah kita bersama-sama memperbanyak shalawat kepada Rasulullah SAW, setiap malam. Ini diatur dalam kitab Ad-Durrun Nafis," dawuh Abah Guru Sekumpul.

Abah Guru Sekumpul melanjutkan, Barang siapa membaca shalawat ini sebanyak 10 ribu kali setiap malam dengan ikhlas, jangan ada tujuan ini itu, 10 ribu hitungan shalawatnya, Insya Allah dalam dua tahun, dia akan dibukakan hijab.

"Kalau sudah dibukakan Hijab, berarti menjadi murid Rasulullah SAW, maka kalau menjadi Murid Rasul, selamat sudah," kata Abah Guru Sekumpul.

Seperti dikutip laduni.id, begini bacaan Shalawat Nabi:

Allahumm Shalli Ala Sayyidina Muhammadinin Nabiyyil Ummi Wala Alihi Washohbihi Wasallim.

اللهم صل علي سيدنا محمدن النبي امي وعلي أله وصحبه وسلم

Atau Shalawat berikut ini dan inilah yang dibaca berulang kali dibaca oleh Abah Guru Sekumpul.

Allahumma Shalli Ala Sayyidina Muhammad Annabiyil Ummi Wa ala Alihi Washohbihi Wasallim.

اللهم صل علي سيدنا محمد عن النبي امي وعلي أله وصحبه وسلم

"Syaratnya, harus dibaca dengan ikhlas, jangan ada tujuan tertentu, maka mulailah membaca.Sekali lagi, Syaratnya, musti ikhlas, kalau tidak ikhlas, gak bisa. Dengan membaca shalawat itu, yang dirasakan pertama kali, pasti hati akan merasa nyama.

Mudah-mudahan kita semua bisa
mengamalkannya...Aamiin...
والله أعلم بالصواب
صــــــــلوا علــــــــى سيـــــدنا
محمــــــد


Tarikh RASULULLAH S.A.W*


🖌 *Nama* : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muththalibs bin Hashim_.


🖌 *Tarikh lahir :* _Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal_ bersamaan 20 April 571

Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; karena peristiwa tentara bergajah

Abrahah yang menyerang kota Ka'bah)


🖌 *Tempat lahir* : Di rumah Abu Thalib, Makkah Al-Mukarramah.

🖌 *Nama bapak* : Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hashim.

🖌 *Nama ibu* : Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf.

🖌 *Pengasuh pertama* : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapak Rasulullah SAW).

🖌 *Ibu susu pertama* : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

🖌 *Ibu susu kedua* : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah, suaminya bernama Abu Kabsyah).


*USIA 5 TAHUN*


💓 _Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat_ untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.


*USIA 6 TAHUN*


💓 _Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa '

(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapak Rasulullah SAW)

dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muththalib.


*USIA 8 TAHUN*


💓 _Datuknya, Abdul Muththalib pula meninggal dunia_.

Baginda dipelihara pula oleh bapak saudaranya, Abu Thalib.


*USIA 9 TAHUN* (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).


💓Bersama bapak saudaranya, Abu Thalib bermusafir ke Syam atas urusan

perniagaan.


💓Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira

(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang

pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa

itu.


*USIA 20 TAHUN*


💓Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah

14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan

berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.


💓Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi

pertolongan kepada orang yang didzalimi di Makkah.


*USIA 25 TAHUN*


💓Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah

binti Khuwailid Al-Asadiyah.


💓Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.


💓Baginda SAW bersama-sama Abu Thalib dan beberapa orang bapak saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.


💓Mas kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


*USIA 35 TAHUN*


💓Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Ka'bah.


💓Pembinaan semula Ka'bah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk

Makkah.


💓Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke

tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan

batu tersebut.


*USIA 40 TAHUN*


💓Menerima wahyu di gua Hira' sebagai pelantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.


*USIA 53 TAHUN*


💓Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.


💓Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M.


*USIA 63 TAHUN*


💓Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah / 8 Juni 632 Masehi.


*ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW*


💚 Khadijah Binti Khuwailid.

💚 Saudah Binti Zam'ah.

💚 Aisyah Binti Abu Bakar (anak Sayyidina Abu Bakar).

💚 Hafsah binti 'Umar (anak Sayyidina 'Umar bin Al-Khattab).

💚 Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.

💚 Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).

💚 Zainab Binti Jahsy.

💚 Maimunah Binti Harith.

💚 Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.

💚 Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin', Ibu Orang Miskin).


*ANAK-ANAK RASULULLAH SAW*


1.💜 Qasim

2.💜 Abdullah

3.💜 Ibrahim

4.💜 Zainab

5.💜 Ruqaiyah

6.💜 Ummi Kalthum

7.💜 Fatimah Al-Zahra'


*ANAK TIRI RASULULLAH SAW*


💙 Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah at-Tamimi (anak kepada Sayyidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin


dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).


*SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW*


*_IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN_*

1. Thuwaibah → Hamzah

2. Abu Salamah → Abdullah bin Abdul Asad


*_SAUDARA SUSUAN_*

1. Halimah Al-Saidiyyah → Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Muthallib

2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza

3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza

4. 'Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


*BAPAK DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW*

( _ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTHTHALIB_)


1. Al-Harith

2. Muqawwam

3. Zubair

4. Hamzah *

5. Al-Abbas *

6. Abu Talib

7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)

8. Abdul Ka'bah

9. Hijl

10. Dhirar

11. Umaimah

12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13. Atiqah ##

14. Arwa ##

15. Umaimah

16. Barrah

17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) *


* masuk Islam.

## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.


*Sabda Rasulullah SAW:*

_"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku_

_Dan sesiapa yang mencintai aku niscaya dia bersama-samaku di dalam syurga"_

(Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


اللهم صلى وسلم على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم


Nabi Muhammad SAW - Manusia agung


*KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH*


💓Begitu indahnya sifat fizikal

Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bertemu muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.


_Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:_


💞 Aku belum pernah melihat lelaki yang segagah Rasulullah saw..


💞 Aku melihat cahaya dari lidahnya.


💞 Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari

terbit.


💞 Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.


💞 Rasulullah umpama matahari yang bersinar.


💞 Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.


💞 Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.


💞 Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.


💞 Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.


💞 Wajahnya seperti bulan purnama.


💞 Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.


💞 Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.


💞 Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.


💞 Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.


💞 Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.


💞 Mulut baginda sederhana luas dan cantik.


💞 Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.


💞 Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.


💞Janggutnya penuh dan tebal menawan.


💞 Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.


💞 Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.


💞 Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.


💞 Rambutnya sedikit ikal.


💞 Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah

bahu tapi disisir rapi.


💞 Rambutnya terbelah di tengah.


💞 Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur

dari dada ke pusat.


💞 Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.


💞 Seimbang antara kedua bahunya.


💞 Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar

dan tersusun dgn cantik.


💞 Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.


💞 Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.


💞 Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.


💞 Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.


💞 Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan

putih.


💞 Warna putihnya lebih banyak.


💞 Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.


💞 Warna kulitnya putih tapi sehat.


💞 Kulitnya putih lagi bercahaya.


💞 Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kokoh.


💞 Badannya tidak gemuk.


💞 Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi gagah.


💞 Perutnya tidak buncit.


💞 Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai

baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.


*KESIMPULANNYA* :

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh

sepanjang zaman.


Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.


_Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai_


Jaminan Para Malaikat Bagi Muslim Yang Membaca Sholawat.


Rasulullah Muhammad SAW merupakan manusia pilihan

. Dalam diri Rasulullah SAW terdapat banyak sekali kemuliaan.


Allah SWT sampai memerintahkan hamba-Nya untuk bershalawat. Bahkan Sang Khalik sendiri beserta para malaikat juga menyampaikan shalawat kepada Rasulullah SAW.


Sebagai umatnya, kita dianjurkan untuk selalu bersholawat,Karena mempunyai banyak kemuliaan dan manfaat. Dari sekian banyak manfaat adalah adanya jaminan dari para malaikat atas ummat yang bersholawat terhadap beliau.


Pada suatu kesempatan Rasulullah ﷺ sedang berkumpul dengan para sahabat, kemudian beliau ﷺ bersabda bahwa “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail عليه السلام telah berkata kepadaku." - Berkata Malaikat Jibril عليه السلام : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca sholawat kepadamu setiap hari sebanyak 10 kali, maka akan aku bimbing tangannya dan akan aku bawa dia melintasi titian (Shiratal Mustaqim) seperti kilat menyambar.” [Shiratal Mustaqim adalah titian atau jembatan yang mesti dilalui oleh setiap insan di alam akhirat kelak. Titian inilah yang menghubungkan antara Padang Mahsyar dengan Jannah Surga dan di bawahnya terdapat Neraka. Keadaan orang yang meniti di atasnya dan kecepatannya tidak sama, ada yang seperti kerdipan mata, ada yang seperti kilat, ada yang seperti angin dan sebagainya. Dan ada pula yang terjatuh di tengah jalan dan langsung masuk neraka.] - Berkata pula Malaikat Mikail عليه السلام : “Mereka yang bersholawat kepadamu akan aku beri mereka minum dari telagamu.” [Telaga Al-Kautsar adalah telaga milik Rasulullah ﷺ, sumber air yang sangat jernih yang disediakan untuk umat Rasulullah ﷺ. Tetapi tidak semua Umat Rasulullah ﷺ dapat menikmati air dari telaga tersebut, hanya mukmin - mukmin pilihan yang akan dapat menikmatinya] - Berkata pula Malaikat Israfil عليه السلام : “Mereka yang bersholawat kepadamu, aku akan sujud kepada ALLAH سبحانه وتعالى dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga ALLAH سبحانه وتعالى mengampuni dosa-dosa orang tersebut.” - Malaikat Izrail عليه السلام juga berkata : “Bagi mereka yang bersholawat kepadamu, akan aku cabut ruh mereka dengan lembut, seperti aku mencabut ruh para Nabi.” .

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Allahumma Sholli 'Ala Sayyidina Muhammad, Wa 'ala Aali Sayyidina Muhammad.


*wallahu'alam*

Semoga bermanfaat..


Post a Comment for "Fadhilah Membaca Sholawat dan Jaminan Para Malaikat Bagi Kaum Muslim Yang Membaca Sholawat"